OUR WEDDING

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 7, 2009

Akhirnya Termakbul Sudah Doa Kami..



Pada malam 28 November 2009, tepat jam 9.30 malam termakbul sudah doa kami utk dimeteraikan dalam satu ikatan yang sah..Aku bersyukur sangat bila semuanya sudah selesai..Dengan sekali lafaz, Yang telah sah menjadi suami kepada aku dan aku macam x percaya bila aku telah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang telah lama menyulam kasih denganku..Alhamdulillah..selamat sudah..





Sunday, October 25, 2009

Thursday, October 22, 2009

DoA TaUbAt..

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allahfahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah ampunan kpdku
Amunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkau lah pengampun dosa2 besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

TaLkin Utk DiRiKu SeBagai PerIngaTan..


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai Nor Fadilla binti Zabidah, wahai Nor Fadilla binti Zabidah, wahai Nor Fadilla binti Zabidah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".

Wahai Nor Fadilla binti Zabidah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, bahawa se nya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."


Thursday, October 1, 2009

Konvokesyen Abg Aku Sebagai Inspektor Polis


Konvo ni da lama lepas..tp baru ari ni aku nak publish dlm blog aku ni..bukan sibuk ker apa..aku ni banyak benda lain suka buat sampai lupa kat blog aku yg da lama berhabuk ni..Masa konvo abg aku tu,aku sedih sangat sbb x dapat join skali..masa tu aku terpaksa Kursus Induksi kat Hotel Putra,KL..nak wat camner..kursus tu syarat utk aku confirm dlm perkhidmatan aku..nak x nak terpaksa la aku berkorban skit utk kerjaya aku sebagai staff gomen ni..utk masa depan kan..tp x per,masa tu waktu x der class mlm aku kuar jer jumpa family aku yg datang tumpang umah adik aku kat Damansara tu..time tu jer la aku dapat jumpa diaorg..tp x per la..dapat gak aku jumpa..Mek(nenek) aku dan bakal kakak ipar (Kak Dinie) aku pun datang gak..






























Meriah gak aku tengok gambar diaorg masa tu..aku dapat tengok gambar jer la..tp walaupun dapat tengok gambar jer aku dapat rasakan family aku cukup bangga ngan abg aku..yer la, da tamat latihan dan akan mulakan kerjaya mulia sebagai seorang pegawai polis..parents mana yg x bangga wei..tahniah la aku ucapkan kat abg aku..aku ni tumpang gembira la ngan kejayaan abg aku sebab ada gak la darah daging aku sendiri berkhidmat untuk negara..kerja yang amat mulia..Untuk abg aku semoga akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik demi bangsa,agama dan negara..dan juga semoga tahun depan cepat2 la tamatkan zaman bujang...da 27 tahun da..K la,.,apapun semoga success selalu!!!


Hari Bahagia Akn Singgah X Lama Lagi,..Doakan Kami..

Salam satu Malaysia buat kwn2 sume...Sebenarnya ni la gambar yang bakal ada dlm kad kawin aku x lama lagi..Da dekat da rupernya tarikh aku kawin kan..Moga2 semuanya akn berjalan ngan lancar..Gambar ni adik aku yg ambik masa kitaorg beraya umah nenek aku..Cantikkan permandangan ni..Motor tu lak ntah mana adik aku pinjam, leh la berposing ngan motor klasik ni..Eyie lak mcm2 gaya suh aku buat..sampai la jadi gitu gaya aku..aku ni x berapa reti skit nak posing2 ni..tp x per la..Yang pasti gambar arahan Farihan Muhammad ni jadik la jugak walau x seberapa..Foto ni akan kami abadikan dlm kad jemputan kawin, banner n banting yg akan kami edarkan x lama lagi..Semoga jodoh kami kuat dan akan bertahan sampai bila2..Aminnnnn...























Selamat Hari Raya...


Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang aku kenal dan yg kenal aku...Walaupun raya da banyak ari lepas,tp x per bau2 raya bleh hidu lagi ni..Moga2 panjang umo,kita dapat beraya lagi pada tahun depan dan tahun2 yang seterusnya..Amin..Insyaallah...Klu tiada aral melintang dan menegak, rasanya ni la tahun terakhir aku akn beraya sebagai anak dara mak n abah..nanti tahun depan aku akan beraya dengan gelaran bini org la plak..sedih ada..suka pun ada..ntah la..moga2 kehidupan akan mengajar aku biar lebih matang lagi..Aku klu bleh nak jadi terbaik antara yg terbaik utk semua..x nak saper2 terluka..kecewa..dan banyak lagi la prasaan yg x elok..fhm2 jer la..terutamanya aku akn buat diri aku ni lebih bersedia nak mengadap bakal mak mertua aku yang akn aku syg mcm mak aku sndiri tu..Insyaallah..Doakan la aku kwn2 sume yer..

Thursday, July 2, 2009

Wednesday, June 24, 2009

Hepy Father's AnD Mother's DaY To MaK AnD AbaH..


Walaupun hari ibu n bapa telah lama berlalu tapi rasanya belum terlewat lagi aku nak ucap sume ni kat mak n abah aku yang paling aku sayang atas dunia ni... Bagi aku Hari Ibu dan Hari Bapa bukan untuk sehari tapi untuk sepanjang hayat hidup aku untuk selamanya...Aku sayang sangat kat mak n Abah!!!! Aku ingat lagi masa aku nak ambik result SPM dulu..Mak siap jahit baju baru kat aku masa aku nak g ambik result kat sekolah..aku terharu sungguh tapi aku rasa takut sangat sebab takut result aku teruk..nanti malu aku..x padan ngan pakai baju

baru..hahhahahaha....tu citer mak..ni citer Abah lak..pas aku g ambik result tu aku terus balik sebab x sabar nak bgtau berita yg agak gembira la gak kat abah n mak aku..hehehheeh...aku pun x sangka akan dapat result cam tu,,,tp mgkin da rezeki aku kan...Alhamdulillah...Syukur...Masa aku on the way nak bali umah..aku kena lalu depan kedai kopi yang selalu Abah aku lepak..masa aku lalu depan kedai tu terkezutnya aku bila abah tahan aku tepi jalan..aku berenti..rupernya abah memang x sabar nak tengok result aku..Aku syg sangat kat abah..lepas abah tengok dia terus suh aku balik..aku pun balik la..dalam hati,abah ni x puas ati ker ngan result aku?????Aahhh...mcm mn ni...aku tunggu abah kat rumah..Bila abah balik umah,dia terus peluk



n cium dahi aku..abah kata aku pandai dapat keputusan baik...mak nangis..aku terharu sangat
sebab tu la kali pertama Abah peluk cium aku sejak aku besar ni..xkan aku lupa sumer tu..memang kenangan terindah dalam hidup aku..aku bangga jadi anak abah n mak..bila dapat berita aku dapat masuk UiTM abah lagi hepy..sebab abah yang print kat tempat kejer dia surat tawaran masuk U aku tu...abah kata dia x pandai nak cek sebab dia kejer guard jer..sedih gak aku dengar...abah suh kawan dia yg kejer ofis tlg print..tp abah bangga sangat bila surat tu kata aku berjaya n kwn2 dia sume ucap tahniah kat abah..aku pun hepy gak bila tengok abah hepy cam tu..sampai skang ni aku da kejer..aku xkan lupa bagi duit tiap2 bulan kat mak n abah,,walaupun skit tp aku bangga sebab dapat bagi duit hasil titik peluh aku sendiri kat mak n abah..apa pun,aku harap sangat mak n abah dapat hidup bahagia sebelum mereka menutup mata buat slamanya...aku sayang mak n abah...

Monday, June 22, 2009

Klu betul la sudah tertulis aku adalah milik dia,...Ini la dia orangnya yang akan melalui suka duka hidup bersama aku nanti..



Dulu aku penah la berangan nak jumpa ngan seorang lelaki yang akan sayang sangat kat aku..Ada gak la jumpa masa sekolah2 dulu..kat U dulu pun ada gak la bercinta..tp smuanya x kekal..Tp yang x bleh aku lupa adalah cinta masa sekolah dulu..masa tu aku form 1..tu la my first lv..huhuhuhu..lawak la aku ni..baru jer lepas darjah 6 dah berangan nak bercinta la plak..tp apa nak buat tu la dinamakan perasaan..kan..kan..kan...ALAN namanya..encem la gak...aku terjumpa dia kat dia nyer frenster baru2 ni..tp dia da pun temui cinta sejatinyer..huuhu..aku doakan dia bahagia..ikhlas ni..hehheheh..pas tu sempat gak aku layan prasaan ngan mat rempit..hahhahaha..apa da aku ni..namanya EPA..walaupun mat rempit,dia baik sebenarnya..dan dia telah berubah demi kerana aku,namun masa tu apa yang aku bleh pk kan..budak2 lagi..aku harap EPA akan jumpa gadis yang lebih baik dari aku..tp tu masa dulu..x leh nak pk apa pun.,.,..klu ada saper yang sama sekolah menengah ngan aku dulu tau la saper yang penah melekat di hatiku ini..CewaAhhh..hahahahha...masa aku kat U dulu ada la laki namanya aku pun x tau masa tu..aku selalu jer kutuk dia sebab dia asyik dating jer depan Koop..sebenarnyer aku ni jeles..hahahha..aku minat gak la kat dia..tp apakan daya,dia ramai aweks..pendam jer la..tp nak dijadikan crita sebuah kehidupan, aku jumpa balik mamat yang x ku tahu nama ni kat Politeknik Kota Bharu,,ore klate gak rupanya,Pasir Mas.,,..masa tu aku praktikal kat sana..apa lagi x kulepaskan pluang ni..aku ambik fail peribadi dia cari nama n apa yg penting skali adalah..NO NSET..hahhahaha..da jumpa smua tu aku wat la salah nak send msg kononnya,...hahhaha...akhirnya dia sangkut gak ngan aku..rupanya dia quit UiTM masuk
Poli..patut la aku x nampak da dia 2,3 sem pas

tu dating kat depan Koop..erm...tp x per,akhirnya dapat gak aku ngan mamat ni bersatu kan..hahahahha...dan sampai sekarang aku ngan dia..da x der da org lain dlm hidup aku yang ntah aper2 la dulu nih..Ni la dia Yang yg aku sayang dan insyaallah Yang dan aku akn teruskan hidup kami together gether...bulan 11 ni akan termakbul la doa kami untuk diijabkabulkan...hehheheheh....I LoVe U YanG BuCuk!!!

Untuk aku sampai ke tahap ni pelbagai jenis kehidupan telah ku lalui..Alhamdulillah, sekarang inilah aku yang sebenar-benarnya...
















Kehidupan lalu banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan... Apa yang ada dalam kehidupan aku skang ni semoga akan terus diberkatiNya..X kan habis klu nak critakan pasal sebuah kehidupan yang x tahu bila akan berakhir nanti..aku bersyukur dan x akan habis bersyukur walaupun aku hanya dapat sedikit..tapi setakat ni hidup aku x penah menginginkan sesuatu yang banyak sebab aku telah ajar diri ku ni supaya bersyukur dengan apa yang aku ada walaupun sedikit yang telah diberi padaku..Rezeki Tuhan ada di mana2..hanya usaha dan tawakkal saja yang dapat kita buat utk dapatkan rezeki tu........diberkati olehMu dan murahkanlah rezeki hambamu yang lemah ini...Amin..