OUR WEDDING

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 12, 2011

...Doa, Doa, & Doa...



Setiap solat 5 waktu akan pasti ada pengakhiran dengan ungkapan doa yang x penah putus-putus hadir dalam diri ini. Hanya inginkan sebuah kebahagian yang berterusan agar hidup ini x rugi ditelan dunia akhir zaman yang bila-bila masa bakal menghentikan nyawa dari terus bersama si jasad. Mohon dijadikan Isteri yang taat kepada suami, Anak yang solehah utk kedua ibu bapa, Ibu yang mithali kepada bakal permata yang dianugerahkan, Menantu yang tidak ada sekelumit pun rasa tidak senang kepada mertua yang disayangi, Dijauhkan daripada rasa bangga diri dan iri hati pada sesiapa sahaja yang ada disekeliling hidup ni, Rasa sabar yang sentiasa mengalir dalam diri ini walaupun adakalanya tewas dengan ujianMu....



Segala doa-doa ini terus hadir dan hadir tanpa kira masa dan waktu..Kupohonkan jua agar diri ini sentiasa dekat denganMu agar suatu masa nanti aku tabah utk hadapi segala yang tak pernah kujangka sebagai ujian dariMu yang Satu..Ada waktu hati sering terdetik utk putus asa dalam mengharungi badai yang melanda, namun ku tanamkan dalam diri ini agar bunga-bunga sabar sentiasa menemaniku. Untukku mohon suami yang soleh, ku harus mohon pada Tuhan agar jadikanku isteri yang soleh dahulu..Mudah-mudahan semua yang dihajati akan termakbul dengan berkat doaku. Jauhilah segala rasa syak wasangka yang sentiasa menyelubungiku keranaku takut akan dosa yang akan kutanggung bila smuanya hanya mainan perasaanku..Biarlah kupujuk hati ini, agar sentiasa sabar dan xkan berubah sygnya ku pada dia walau dipisah laut biru.........Mungkin yang terjadi telah ditetapkan olehNya dan Dia juga yang Maha mengetahui segala-galanya..Perancangan Dia lebih baik dan teramat baik dan tiada mana-mana perancangan pun selain perancangan dariNya yang mampu mengatur kehidupan ini..Yang mampu kulakukan hanyalah usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal agar Dia tentukan yang terbaik utk diri yang hina lagi kerdil disisNya. Kalau mahu diikutkan, ku adalah termasuk dari golongan yang tak layak utk hidup di duniaMu..Namun, teramat ku bersyukur kerna masih ada lagi peluang utkku menginsafkan diri dan menumpang di dunia ini walau hanya di sudut kecil ruangMu..Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ini dan andai segala dosa-dosa ini menjadi batu penghalang utk segala doa-doa ku dimakbulkan, ku pohon Engkau ampunkanlah aku Ya Allah...

Wednesday, December 7, 2011

*****Hepy Anniversary To Our Marrige*****



######## SEMOGA KITA KEKAL UNTUK SELAMANYA ##########




@@@@@@@@ DLA SAYANG ABG SAMPAI BILA-BILA @@@@@@@@@@@@

%%%%%%%%%% HARAP DOA UNTUK BABY KITA SELALU ADA %%%%%%%%%

~Demam Ombak Rindu~



Filem yang boleh keluarkan air mata...Sedih yang dari lahir dari dalam la citer ni...huhuuhuhuhu..Memang x rugi la klu saper2 yang nak g tengok citer ni..serius best..Tp klu ada yg kata x best tu memang hati kering la org tu...Walaupun aku da baca novel ni dan tau jalan citernyer..tp memang x puas nak g tengok lagi Ombak Rindu ni..nanti aku nk ajak Uyang-Uyang la plak tengok..ari tu dia x der g kursus..terpaksa la aku g ngan budak opis pegi tengok..Izzah dlm citer tu memang beri kesan mendalam la kat naluri pompuan aku ni..Hariz plak baran + romantik...memang menjadik la lakonan dia..

Congrate pd pengarah + penerbit citer ni sebab da best of the Ombak Rindu...