OUR WEDDING

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 25, 2009

Thursday, October 22, 2009

DoA TaUbAt..

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allahfahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah ampunan kpdku
Amunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkau lah pengampun dosa2 besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Allah fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

TaLkin Utk DiRiKu SeBagai PerIngaTan..


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai Nor Fadilla binti Zabidah, wahai Nor Fadilla binti Zabidah, wahai Nor Fadilla binti Zabidah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".

Wahai Nor Fadilla binti Zabidah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Nor Fadilla binti Zabidah, bahawa se nya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."


Thursday, October 1, 2009

Konvokesyen Abg Aku Sebagai Inspektor Polis


Konvo ni da lama lepas..tp baru ari ni aku nak publish dlm blog aku ni..bukan sibuk ker apa..aku ni banyak benda lain suka buat sampai lupa kat blog aku yg da lama berhabuk ni..Masa konvo abg aku tu,aku sedih sangat sbb x dapat join skali..masa tu aku terpaksa Kursus Induksi kat Hotel Putra,KL..nak wat camner..kursus tu syarat utk aku confirm dlm perkhidmatan aku..nak x nak terpaksa la aku berkorban skit utk kerjaya aku sebagai staff gomen ni..utk masa depan kan..tp x per,masa tu waktu x der class mlm aku kuar jer jumpa family aku yg datang tumpang umah adik aku kat Damansara tu..time tu jer la aku dapat jumpa diaorg..tp x per la..dapat gak aku jumpa..Mek(nenek) aku dan bakal kakak ipar (Kak Dinie) aku pun datang gak..






























Meriah gak aku tengok gambar diaorg masa tu..aku dapat tengok gambar jer la..tp walaupun dapat tengok gambar jer aku dapat rasakan family aku cukup bangga ngan abg aku..yer la, da tamat latihan dan akan mulakan kerjaya mulia sebagai seorang pegawai polis..parents mana yg x bangga wei..tahniah la aku ucapkan kat abg aku..aku ni tumpang gembira la ngan kejayaan abg aku sebab ada gak la darah daging aku sendiri berkhidmat untuk negara..kerja yang amat mulia..Untuk abg aku semoga akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik demi bangsa,agama dan negara..dan juga semoga tahun depan cepat2 la tamatkan zaman bujang...da 27 tahun da..K la,.,apapun semoga success selalu!!!


Hari Bahagia Akn Singgah X Lama Lagi,..Doakan Kami..

Salam satu Malaysia buat kwn2 sume...Sebenarnya ni la gambar yang bakal ada dlm kad kawin aku x lama lagi..Da dekat da rupernya tarikh aku kawin kan..Moga2 semuanya akn berjalan ngan lancar..Gambar ni adik aku yg ambik masa kitaorg beraya umah nenek aku..Cantikkan permandangan ni..Motor tu lak ntah mana adik aku pinjam, leh la berposing ngan motor klasik ni..Eyie lak mcm2 gaya suh aku buat..sampai la jadi gitu gaya aku..aku ni x berapa reti skit nak posing2 ni..tp x per la..Yang pasti gambar arahan Farihan Muhammad ni jadik la jugak walau x seberapa..Foto ni akan kami abadikan dlm kad jemputan kawin, banner n banting yg akan kami edarkan x lama lagi..Semoga jodoh kami kuat dan akan bertahan sampai bila2..Aminnnnn...























Selamat Hari Raya...


Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang aku kenal dan yg kenal aku...Walaupun raya da banyak ari lepas,tp x per bau2 raya bleh hidu lagi ni..Moga2 panjang umo,kita dapat beraya lagi pada tahun depan dan tahun2 yang seterusnya..Amin..Insyaallah...Klu tiada aral melintang dan menegak, rasanya ni la tahun terakhir aku akn beraya sebagai anak dara mak n abah..nanti tahun depan aku akan beraya dengan gelaran bini org la plak..sedih ada..suka pun ada..ntah la..moga2 kehidupan akan mengajar aku biar lebih matang lagi..Aku klu bleh nak jadi terbaik antara yg terbaik utk semua..x nak saper2 terluka..kecewa..dan banyak lagi la prasaan yg x elok..fhm2 jer la..terutamanya aku akn buat diri aku ni lebih bersedia nak mengadap bakal mak mertua aku yang akn aku syg mcm mak aku sndiri tu..Insyaallah..Doakan la aku kwn2 sume yer..