OUR WEDDING

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

~Setelah Lama Menyepi~



Salam utk semua...

Da lama aku x update blog ni. Tp rasanya belum terlewat lagi aku nk ucapkan Selamat Berpuasa kepada smua umat Islam dan semoga sama2 la kita menjadikan bulan Ramadhan ini sbagai utk kita membuat banyak kebaikan. Kuharapkan juga bulan Ramadhan ini Tuhan akan memberkati doa-doa aku. Insyallah..Dalam kita tenang menghadapi bulan yang mulia ini, kadang2 Tuhan akn uji kita supaya lebih banyak bersabar untuk menghadapi hidip ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah muhasabah diri supaya redha dengan apa yang telah ditakdirkan pada diri kita. Kuharapkan juga pada Lin kawan satu pejabat dengan aku dulu supaya sabar dan redha dengan segala yang berlaku. Memang berat mata memandang, tp aku sedar berat lagi bahu yang terpaksa dipikul oleh kawan aku tu kerana telah kehilangan seorang anak yang amat dikasihi. Baby Akif Danish yang baru berusia 4 bulan telah kembali kpd penciptanya kerana sesak nafas di tempat jagaan pengasuh. Sayu hati bila aku dan husband masuk ke wad kecemasan Hospital Putrajaya bila selimut yang menutupi baby Akif dibuka. Sebak tidak terhingga kerana hanya jasad kaku yang masih memakai pampers terbaring bagaikan sedang tidur lena. Air mata aku tumpah bila usap muka dan kepala baby yang pucat dan sejuk dan aku amat berharap smoga smua ini adalah satu mimpi. Namun ini adalah kenyataan yang harus diterima yg Baby Akif hanya sekejap datangnya untuk bersama di alam fana ini. Baru minggu lepas aku pegang baby yang sudah belajar senyum itu, namun dia tidak lama untuk memberi senyuman lagi pada kita. Baby Akif pasti akan tunggu mamanya di syurga nanti. Semoga Baby Akif akn menolong kedua ibu bapanya untuk sama2 masuk ke syurga. Insyaallah...Al- Fatihah utk Baby Akif Danish...


Aku ada juga satu kisah untuk dikongsi yang aku terima daripada email seorang sahabat mengenai kasihnya seorang ibu kepada seorang anak yang menunggu saat2 akhir utk berjumpa dengan Penciptanya...Sama2 la kita bertafakur sejenak tentang apa yang telah terjadi..

Hati ibu mana yg bisa menahan airmatanya..... Al-fatihah buat Iqbal...


Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut
membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu
tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke
pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang
menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,"
begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain
terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh
memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali
terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi
abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali
terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.
Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang
nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak
uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir
tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian,
mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang
berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit
usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan
derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum
abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak
menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata
doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh
diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan
ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu,
mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu
setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam
tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali
ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik,
mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar.
Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak
nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang.
Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak
juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang?
Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua
lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu
kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang
pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu
terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan
apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik
kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus
mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke
paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak
bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan
impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan
jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang
tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan
air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu
menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju
abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara
pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih
agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama.
Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung
abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak
main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan
seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang
teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan
itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang
sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah,
apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina,
anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah
bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus
ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban.
Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat
terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori
sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr.
Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam
maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya
kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu
selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang
tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek
berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang
sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya
meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan
keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam
bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak
bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan
hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya.
Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga
bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas
itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di
dunia

Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak
datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah
kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak,
tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak
mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca
juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar
berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok
matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga
turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum
seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik
hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada
bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik
semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih
dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu
bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang.
Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang
semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu
abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat
hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah
pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara
tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar
dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada
orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air
mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang
pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti
jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu
mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan.
Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa
hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada
di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk,
kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya
pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri
yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu
mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa
abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah
kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu
daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat
menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap,
jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua
bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan
'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun
ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk
meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan
(bapa).

Terima kasih kerana membaca kisah ini hingga akhir,
Hargailah insan yang ada disekeliling kita…