OUR WEDDING

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 13, 2010

~Kami Bahagia~



Jika dulu, aku sering bahagia dengan cinta sebelum kawin..rupa-rupanya Cinta selepas kawin cukup indah..dan ianya sentiasa mekar dalam hatiku..Tp, adakala ianya cukup perit utk aku terima, namun berbekalkan doa serta iringan hati yang ikhlas perasaan perit itu bertukar menjadi sesuatu yang sukar aku tafsirkan..Sebenarnya segalanya adalah bermula dengan adanya doa-doa yang tak pernah lekang dari hatiku dan juga hatimu..Bila kufikirkan balik, besarnya kuasa Mu Ya Allah!! Engkau kurniakan kami sebuah kehidupan yang penuh cabaran namun di sebalik itu Engkau selitkan juga Kami kebahagiaan walau hanya secalit keindahan..Antara kami adakalanya sentiasa ada sesuatu yang tak diduga..Tapi hanya Engkau yang Maha Mengetahuinya..betapa hati ini cukup redha dan yakin bahawa tidak semestinya yang mendung itu akan mendung selamanya..Dan yang pasti yang cerah pasti akan ada juga menemani hidup kami berdua..Mungkin setakat ini dulu rezeki yang Engkau izinkan kami rasai,namun sebagai hambaMu yang lemah..kami bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan..Kuharap akan ada sinar hadir dalam kehidupan kami yang amat mengharapkan tangisan, gelak tawa dan gurau senda daripadamu cahayamataku..Insyaallah..Amin..